BAHAGIAN BELIA

TAKWIM PROGRAM BELIA TAHUN 2021

TAHUN 2020, Bahagian Belia telah merangka program pembangunan belia dengan menumpukan kepada tindakan penyelesaian isu para belia Negeri Sabah yang dihadapi. bahagian belia telah mengadakan program peningkatan kompentensi para pegawai KBSS Bahagian/Daerah di Labuan yang dihadiri oleh Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan Sabah. selain peningkatan kompentensi para pelaksana, penyebaran dan pendedahan kesedaran kepada para belia sebagai pelanggan kepada kementerian belia dan sukan sabah juga dilaksanakan. Diantara dokumen rujukan adalah Dasar Belia SabahStrategi Pembangunan Belia  Sabah dan Kajian Index Belia 2015 yang menghasilkan sebuah dokumen Pembangunan Belia 2020.

Namun, kekangan kepada Pandemik Covid-19 yang melanda negara pada tahun 2020 memperlihatkan keterbatasan bahagian belia untuk meneruskan perancangan dan pelaksanaan program pembangunan tersebut. Bahagian belia telah meneliti kepada isu dan cabaran belia khususnya pembangunan belia yang semakin berkembang dan mencabar.

Bahagian belia masih mengekalkan kepada 3 isu utama dalam Pembangunan Belia iaitu kepimpinan, kemahiran dan kesukarelawan yang membentuk pewaris dan aset negara pada masa akan datang. Penambah nilai kepada 3 elemen itu adalah pendigitalan dan pengantarabangasa belia sebagai menyokong slogan SABAH MAJU JAYA iaitu pelancongan, pertanian dan pembuatan.

 

Dalam usaha mencapai Sabah yang maju dan berjaya, bahagian belia akan merencanakan program-program “Bottom to Top” dimana program pembangunan berstrategi yang akan melibatkan juga bermula dari peringkat akar umbi kepada peringkat negeri. Antara yang akan diberikan penekanan adalah kelompok belia yang berkemahiran dalam pertanian dan perladangan yang mana akan menjadikan Negeri Sabah sebagai hub pertanian ASEAN.

OBJEKTIF

Pemantapan program kerjasama dengan agensi-agensi pertanian dan keusahawanan bagi membantu meningkatkan, melatih dan pendedahan kepada kelompok belia agar menceburi bidang pertanian serta pembuatan peralatan pertanian.

Peningkatan bidang dan industri bakat dan kreativiti belia sebagai salah satu produk pelancongan melalui media digital bagi menjurus kepada kehadiran para pelancong ke negeri Sabah.

Meningkatkan kesedaran dalam kepimpinan kesukarelawan bagi melatih lebih ramai pemimpin yang berkualiti dengan mengantarabangsakan pemimpin belia Negeri Sabah.