You are currently viewing TAKLIMAT YEAP

TAKLIMAT YEAP

TAKLIMAT PELAKSANAAN PROGRAM ASPIRASI KEUSAHAWANAN BELIA SABAH (YEAP) FASA 3/2019 KEPADA PELATIH PROGRAM KEMAHIRAN KOLEJ TEKNIKAL YAYASAN SABAH (KTYS).

KOTA KINABALU (21 OGOS 2019)- Pada hari ini Urus Setia Induk Program Aspirasi Keusahawanan Belia Sabah (YEAP) Fasa 3/2019 telah mengadakan taklimat mengenai pelaksanaan YEAP kepada pelatih program kemahiran bertempat di Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS).

Sesi taklimat telah disampaikan oleh saudara Irich Jomi mewakili Urus Setia Induk Program Aspirasi Keusahawanan Belia Sabah (YEAP). Seramai 30 orang peserta daripada pelbagai program telah menyertai taklimat ini bagi mengetahui latar belakang dan pelaksanaan program YEAP. Selain taklimat mengenai pelaksanaan, penceramah juga berkongsi mengenai cara memohon dan merangka kertas kerja perniagaan yang betul dan memenuhi kriteria penilaian yang ditetapkan.

Program Aspirasi Keusahawanan Belia Sabah (YEAP) yang diperkenalkan pada tahun 2016 dengan nama Skim Keusahawanan Belia Negeri Sabah (YESS) sehingga tahun 2018 telah membantu lebih dari 3243 orang pemohon khususnya belia di Sabah yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Pada tahun ini program ini dijangka dapat memberikan manfaat kepada lebih 800 orang penerima dari seluruh daerah di negeri Sabah.

Turut hadir Bersama Urus Setia Induk YEAP dan rakan media daripada unit Grafik KBSS.

mykbss
Author: mykbss