You are currently viewing SUKMA XX, MSN 2022 BAKAL BERLANGSUNG PADA SEPTEMBER INI

SUKMA XX, MSN 2022 BAKAL BERLANGSUNG PADA SEPTEMBER INI

KUALA LUMPUR, 22 Mac 2022 – Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Edisi Ke-20 yang dikenali sebagai ‘SUKMA XX, MSN 2022’ dijadual berlangsung pada 29 September hingga 8 Oktober 2022. Keputusan tersebut telah diumumkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia yang diadakan semalam.

Temasya SUKMA XX ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) dan mempertandingkan 31 jenis sukan iaitu 16 sukan wajib dan 15 sukan pilihan serta dua sukan demonstrasi – silambam dan kabaddi.

YB Dato’ Sri Ahmad Faizal Azumu bin Dato’ Azumu, Menteri Belia dan Sukan berkata, “Mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 Februari 2022 telah menyokong dan meluluskan penganjuran SUKMA XX pada tahun ini demi memastikan pembangunan sukan di peringkat negeri dilaksanakan secara konsisten agar negara tidak ketandusan atlet yang bakal jadi pengganti untuk bersaing di peringkat tinggi.”

Untuk pengetahuan, menurut kenyataan rasmi dari MSN yang menyatakan bahawa Jawatankuasa Tertinggi SUKMA juga bersetuju supaya Sukan Para SUKMA XX, MSN 2022, dijadual berlangsung pada 29 Oktober hingga 6 November 2022.

Sabah Maju Jaya

Sumber : Majlis Sukan Negara

Sumber Gambar : Kementerian Belia dan Sukan

mykbss
Author: mykbss