You are currently viewing SHOWCASE SMJ SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN SETAHUN HALA TUJU SMJ (HTSMJ), PELAN PEMBANGUNAN SMJ 1.0 (2021-2025)

SHOWCASE SMJ SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN SETAHUN HALA TUJU SMJ (HTSMJ), PELAN PEMBANGUNAN SMJ 1.0 (2021-2025)

Kota Kinabalu – YB Datuk Seri Panglima Sr. Hj Safar bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri bersama YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri mengadakan lawatan di booth pameran Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) sempena Majlis Sambutan Setahun Hala Tuju Sabah Maju Jaya (HTSMJ).

Majlis Sambutan Setahun HTSMJ akan berlangsung bermula pada 28 hingga 31 Mac ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC). Majlis perasmian akan disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah pada 29 Mac (Selasa).

Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) telah membangunkan 12 inisiatif Hala Tuju SMJ sebagai pemangkin kepada Pelan Pembangunan SMJ 1.0 (2021-2025). Inisiatif ini memfokuskan kepada 2 teras utama iaitu Pembangunan Modal Insan dan Kecemerlangan Sukan.

Selaras dengan inisiatif Pendigitalan ke era Kerajaan Pintar, pameran KBSS bakal menggunakan sepenuhnya platform digital sepanjang Showcase SMJ. Ingin mengetahui lebih lanjut boleh kunjungi booth pameran kami di Showcase SMJ nombor 8.

Dijemput semua untuk hadir bagi memeriahkan lagi Majlis Sambutan Setahun HTSMJ. Pelbagai pengisian menarik menanti anda seperti Career GIG-SMJ, Ekadasa SMJ dan banyak lagi.

Sabah Maju Jaya

Pautan Hebahan Facebook Kementerian Belia dan Sukan Sabah;
Lawatan tapak & persiapan showcase SMJ : https://www.facebook.com/100064450969663/posts/339432898215073/?d=n
Showcase SMJ : https://www.facebook.com/100064450969663/posts/340007454824284/?d=n
Galeri Photo Showcase SMJ: https://www.facebook.com/100064450969663/posts/341764114648618/?d=n

Azley Dee | Bahagian Komunikasi Korporat | KBSS
Author: Azley Dee | Bahagian Komunikasi Korporat | KBSS

Admin | Bahagian Komunikasi Korporat | Kementerian Belia dan Sukan Sabah

Azley Dee | Bahagian Komunikasi Korporat | KBSS

Admin | Bahagian Komunikasi Korporat | Kementerian Belia dan Sukan Sabah