Sambutan Hari Krismas secara tradisinya akan dirayakan pada setiap tanggal 25hb Disember setiap tahun. Walaubagaimanapun, bagi sesetengah masyarakat Kristian perayaan ini boleh juga disambut seawal bulan Disember.
Kami bersama seisi keluarga serta seluruh warga Kementerian Belia dan Sukan Sabah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Perayaan Krismas dan Tahun Baru 2022 kepada semua rakan taulan, sahabat handai, saudara mara serta semua yang merayakannya.
Semoga sambutan ini dapat menguatkan lagi semangat perpaduan, toleransi dan hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat kita yang berbilang bangsa, kaum dan agama.
“SABAH MAJU JAYA”