You are currently viewing SABAH RHINO RANGKUL NAIB JOHAN DALAM KEJOHANAN MALAYSIA VOLLEYBALL LEAGUE (MVL), MAYOR CUP 2022.

SABAH RHINO RANGKUL NAIB JOHAN DALAM KEJOHANAN MALAYSIA VOLLEYBALL LEAGUE (MVL), MAYOR CUP 2022.

SHAH ALAM – Sabah Rhino muncul Naib Johan dalam Kejohanan Malaysia Volleyball League (MVL), Mayor Cup 2022.

Sabah Rhino yang beraksi cemerlang dengan rekod tanpa kalah hingga ke pentas final bagaimanapun terpaksa berpuas hati di tempat kedua selepas tunduk kepada pasukan Selangor Lion pada aksi final.

Terdahulu YB Tuan Andi Muhammad Suryady Hj. Bandy, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah hadir memberikan sokongan penuh kepada Pasukan Bola Tampar negeri Sabah dalam aksi perlawanan akhir.

Andi ketika ditemui mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemain, barisan kejurulatihan dan Persatuan Bola Tampar Negeri Sabah (SAVA) yang berjaya membawa Sabah Rhino hingga ke pentas akhir.

“Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan tahniah diucapkan kepada pasukan Selangor Lion yang menjuarai Malaysia Volleyball League 2022”, tambah Andi.

Sabah Maju Jaya

mykbss
Author: mykbss