You are currently viewing SABAH MOVEMENT CONTROL ORDER (MCO) ESPORTS LEAGUE

SABAH MOVEMENT CONTROL ORDER (MCO) ESPORTS LEAGUE

Sempena lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama sehingga 28 April 2020  seperti yang telah diumumkan oleh YAB Tan Sri Muhyddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) dengan kerjasama Persatuan Sukan Elektronik Sabah telah mengambil pendekatan dan inisiatif untuk menganjurkan Pertandingan Sukan Elektronik (E-Sport) secara atas talian (Online) iaitu Sabah MCO Esports League selama tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan. Penganjuran Sukan Elektronik ini merupakan penganjuran liga sukan  terbesar yang kita adakan di Sabah.

Sabah MCO Esport League 1 telah bermula pada 21 sehingga 28 April 2020. Pertandingan ini telah melibatkan seramai 1,500  anak muda dari seluruh pelusuk negeri Sabah. Antara objektif penganjuran ini adalah untuk bagi menggalakkan para belia  untuk duduk di rumah atau @stay at home sepanjang (PKP) ini dilaksanakan. Selain itu, penganjuran ini juga bertujuan untuk mengembangkan industri Esport tanah air selaras dengan revolusi 4.0 disamping melahirkan para atlet dalam bidang sukan elektronik yang boleh mewakili negeri sabah mahupun negera pada masa akan datang.

Terdapat 2 jenis sukan Elektronik yang dipertandingkan iaitu Mobile Legends Bang-Bang dan PUBG Mobile. Kedua jenis sukan ini merupakan sukan yang cukup terkenal dan tidak asing lagi dalam kalangan anak muda kita pada ketika ini. Seramai 128 pasukan bakal bertanding dalam sukan Mobile Legends Bang-Bang dan seramai 144 pasukan dalam sukan PUBG Mobile.

Hadiah terkumpul yang kita tawarkan adalah sebanyak RM 10,000 iaitu sebanyak RM 5, 000 bagi setiap sukan yang dipertandingkan. Penganjuran ini juga bakal menyumbang sebahagian daripada kewangan penganjuran untuk disumbangkan kepada kepada tabung COVID19. Pertandingan akhir kedua sukan ini disiarkan secara Langsung menerusi Facebook Rasmi Persatuan Esport Sabah, Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Serta Unit Grafik KBSS.

mykbss
Author: mykbss