You are currently viewing PUBG MOBILE SCRIM SANTAI SABAHAN SEASON 1 2021 MELABUHKAN TIRAI

PUBG MOBILE SCRIM SANTAI SABAHAN SEASON 1 2021 MELABUHKAN TIRAI

LEBIH BANYAK KEJOHANAN E-SPORTS AKAN DIANJURKAN PADA TAHUN 2022
­
PUBG Mobile Scrim Santai Sabahan musim yang pertama telah melabuhkan tirai selepas berakhirnya acara kemuncak Grand Final pada 04 Disember 2021. Sebanyak 16 Pasukan beraksi sengit dalam 5 pusingan di peringkat akhir bagi merebut gelaran juara dan membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM 2,500.00.
Berikut merupakan keputusan rasmi perlawanan;
­
🥇JUARA : KONCO ESPORT
🥈Tempat Kedua : FLASH VISION EQUINOX
🥉Tempat Ketiga : AKA XI SAVAGE
🏅MVP : MOHD. HAIRUL NIZAM BIN SYAMSUDDIN @ AEGxMijanOP
­
Gimik Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh YB Andi Muhammad Suryady Hj. Bandy, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah di Ibu Pejabat KBSS. YB Andi turut meluangkan masa ke Studio Utama bagi menyaksikan pertandingan, dan turut serta dalam mengulas perlawanan pusingan akhir bersama caster sebagai tanda sokongan penuh terhadap usaha untuk membangunkan industri e-sukan di negeri ini.
­
YB Andi dalam sesi temubual berkata “Kementerian Belia dan Sukan Sabah merancang akan menganjurkan lebih banyak kejohanan Sukan Eletronik pada Tahun 2022 selaras dengan ucapan Pembentangan Belanjawan Tahun 2022 yang memperuntukkan sebanyak RM20 Juta untuk pembangunan E-Sukan yang telah disampaikan oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia.”
­
Kementerian Belia dan Sukan Sabah mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pemenang dan kepada yang tidak berpeluang teruskan usaha untuk kejohanan yang akan datang.
­
Siaran Langsung Perlawanan dan Gimik Penyampaian Hadiah boleh ditonton melalui pautan di bawah;
­
“Belia Sabah Maju Jaya, Dekad Ini Dekad Anda”
Ben Lampard
Author: Ben Lampard