Program Lensa Kemajuan (PROLEN) Felo Sabah Maju Jaya 2.0

  • February 7, 2024
  • By kbs


Program Lensa Kemajuan (PROLEN) Felo Sabah Maju Jaya 2.0 telah dilaksanakan pada 7 hingga 9 Februari 2024 di Outreach Borneo, Kiulu. Program ini telah dirasmikan Oleh Yang Berbahagia Datuk Mansur Haji. Asun, Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah. Turut hadir bersama Tuan Abqaree Fawwaz Abekan, Pengarah Inkubator Kepimpinan Belia Sabah (IKEBS) serta pegawai-pegawai daripada KBSS.

PROLEN Felo Sabah Maju Jaya 2.0 ini bertujuan untuk menggalakan penglibatan semua pegawai Felo dalam aktiviti pengukuhan jati diri disamping mengeratkan ikatan silaturahim antara mereka selaras dengan tema “Felo SMJ Reconnect: Kembali Ke Akar, Menuju Masa Depan”. Penyertaan Pegawai Felo 2.0 bagi program ini adalah seramai 22 orang.

Antara pengisian program ini adalah sesi perkongsian berkenaan Kepimpinan dan Tadbir Urus Kementerian daripada penceramah jemputan, Latihan Berkumpulan dan juga aktiviti mencabar seperti Tree Climbing dan Water Rafting.