You are currently viewing PROGRAM KAYUHAN SIHAT SANTAI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN SABAH (KBSS)

PROGRAM KAYUHAN SIHAT SANTAI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN SABAH (KBSS)

18 JULAI (SABTU) – Kelab Sukan dan Kebajikan Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) dengan kerjasama KBSS Bahagian Pantai Barat, Pejabat KBSS daerah Kota Belud dan Gabungan Kelab-kelab Belia daerah Kota Belud telah mengadakan Program Kayuhan Sihat Santai Kementerian Belia dan Sukan Sabah bertempat di Perkarangan Pejabat Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Kota Belud.

Pelepasan kayuhan Berbasikal telah disempurnakan oleh YBhg. Puan Hajah Diyanah Binti Abdullah, Pegawai Daerah Kota Belud. Kayuhan sejauh 30.4 kilometer ini melibatkan 4 checkpoint yang merentasi 4 kampung disekitar Pekan Kota Belud.

Kayuhan berbasikal ini diketuai oleh Yang Berhormat, Tuan Arunarnsin bin Taib, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Setiausaha Tetap KBSS YBhg. Sr Tuan Mohd Yusrie Abdullah dan Timbalan Setiausaha Tetap KBSS, YBhg. Tuan Putera Jali.

Rombongan Sihat Santai berbasikal KBSS ini akan berhenti disetiap checkpoint bagi menyerahkan Bantuan Peralatan Sukan kepada 4 Kelab Belia yang terlibat. Kelab Belia yang terlibat meliputi Kelab Belia Kampung Peninting, Kelab Belia Kampung Prihatin, Kelab Belia Kampung Sorob Tambolion dan Kelab Belia Kampung Piasau. Bantuan peralatan disampaikan oleh YB Pembantu Menteri, Setiausaha Tetap KBSS, Timbalan Setiausaha Tetap, dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah.

Kayuhan sihat santai ini turut dimeraihkan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat, Phoong Jin Zhe, Menteri Belia dan Sukan Sabah yang bersama-sama menyokong dan menyampaikan bantuan peralatan kepada Persatuan Belia Kampung Piasau di checkpoint terakhir seterusnya mengikuti kayuhan berbasikal sehingga ke garisan penamat.

Tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

mykbss
Author: mykbss