Dewan Belia Sabah adalah sebuah program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah dibawah inisiatif Inkubator Kepimpinan Belia Sabah (IKEBS), yang memberi peluang kepada belia untuk menyuarakan idea dan pandangan dalam sesi persidangan belia, mewakili setiap 73 Dun di Sabah.
Program ini bukan sahaja menjadi platform bagi belia Sabah merasai sendiri pengalaman bersidang di Dewan Undangan Negeri, malah melatih belia untuk:
Melibatkan diri secara praktikal dalam proses penggubalan undang-undang negeri Sabah
Menghayati falsafah dan proses demokrasi yang diamalkan di Malaysia
Memperkasa kefahaman mengenai kaedah urus negeri dan konsep persekutuan Malaysia
Jika anda adalah belia berumur 15 hingga 30 tahun yang lahir atau menetap di Sabah, ini adalah peluang besar untuk anda memohon sebagai Ahli Dewan Belia Sabah.
Rujuk poster untuk maklumat lanjut. Mohon sekarang di:
Sila pastikan anda telah mendaftarkan akaun anda di laman web Youth Management System Sabah – YMS
Hebahan poster infografik garis masa program Dewan Belia Sabah:
https://www.facebook.com/110558358123786/posts/142788824900739/
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
wasap.my/60193203016/DewanBeliaSabah
hello@ikebs.my
“Belia adalah pemimpin hari ini”