You are currently viewing PENYERAHAN PEK HERO KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN & LAWATAN KE PUSAT PEMBERIAN VAKSIN, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)   

PENYERAHAN PEK HERO KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN & LAWATAN KE PUSAT PEMBERIAN VAKSIN, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)  

 

 

 

 

 

‘PEK HERO’ UNTUK PETUGAS BARISAN HADAPAN PPV IPT-UMS

KOTA KINABALU, 28 JULAI 2021 – Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Yang Berhormat Tuan Andi Muhammad Suryady Hj. Bandy telah menyampaikan Pek Hero untuk Petugas barisan Hadapan bertempat di Pusat Pemberian Vaksin Covid-19 (PPV) Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Sebanyak 160 set sumbangan Pek Hero telah diserahkan kepada Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Profesor Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin. Sumbangan ini adalah antara program yang dilaksanakan Kementerian Belia dan Sukan Sabah untuk menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan yang banyak membantu dalam usaha mengekang dan menangani Penularan Pandemik COVID-19.

YB Andi ketika ditemui berkata “sumbangan ini merupakan penghargaan Kementerian kepada semua petugas barisan hadapan khususnya di PPV UMS yang telah bertungkus-lumus memastikan proses pemberian vaksin dapat berjalan lancar dan teratur. Sasaran untuk mencapai imuniti kelompok akan lebih mudah  dan lancar jika mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak.” Tambahnya lagi.

Selesai sesi penyerahan, YB Andi turut mengadakan lawatan di sekitar Dewan Pusat Pemberian Vaksin di Universiti Malaysia Sabah selain mendengar taklimat berkaitan Pelaksanaan Pemberian Vaksin yang sedang giat berjalan. Difahamkan pemberian Suntikan Vaksin COVID-19 di PPV IPT- UMS pada ketika ini mampu mencapai sehingga 3,000 jumlah dos sehari. Pencapaian itu dimaklumkan Pengarah Hospital UMS, Prof. Dr. Helen Lasimbang ketika menyampaikan taklimat berkaitan pelaksanaan PPV IPT-UMS.

Turut hadir sama Timbalan Setiausaha Tetap I KBSS, Tuan William Ahlan; Ketua  Pusat Kesihatan UMS merangkap Penyelaras PPV IPT- UMS, Dr Muhammad Syafiq Abdullah, Pegawai-pegawai kanan KBSS dan UMS.

“Bersama Merealisasikan Sabah Maju Jaya”

Pautan video rangkuman: https://fb.watch/9SHa6DLWmY/ 

mykbss
Author: mykbss