KOTAKINABALU – Inkubator Kepimpinan Belia Sabah (IKEBS) – KBSS mengucapkan syabas dan tahniah kepada 36 orang calon yang telah berjaya menghadirkan diri ke peringkat akhir pemilihan Felo SMJ iaitu sesi temuduga secara berkumpulan bertempat di Manukan & Kapalai Room, Sabah International Convention Centre (SICC).
Kesemua calon telah dibahagikan kepada 6 kumpulan, dengan setiap kumpulan seramai 6 orang. Menariknya sesi temuduga ini ialah terdapat 3 orang calon yang hadir secara atas talian dan temuduga diteruskan bersama ahli kumpulan lain yang hadir secara fizikal, sekaligus menguji para calon untuk berinteraksi dengan lebih efektif.
Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan diucapkan kepada semua panel penilai yang telah terlibat dalam pemilihan calon Felo SMJ bermula dari sesi temuduga individu sehinggalah ke sesi temuduga berkumpulan:
Agensi Kerajaan:
MUADZAD SHAHROM MUHASIP – Penolong Setiausaha Kanan (Belia) Kementerian Belia dan Sukan Sabah
METCHELLA FEBRYNNA METHA – Penolong Pengarah Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Sabah
AZRUL BIN IBRAHIM – Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR), Jabatan Ketua Menteri
Agensi Akademik:
PROF. MADYA DR. JANICE L.H. NGA – Universiti Malaysia Sabah
PROF. MADYA DR. BALAN RATHAKRISHNAN – Universiti Malaysia Sabah
YBHG. DR. GETRUDE C. AH GANG @ GRACE – Universiti Malaysia Sabah
Industri Korporat:
JEANNIFER SUDIAN – Senior Executive Planning, PETRONAS Sabah & Labuan
MAZRIE MAHAT – CEO SynxSoft Sdn Bhd
Agensi NGO/CSO:
MOHD. LUTFI HAFIFI BIN JAPILI – Pengerusi MRA Sabah
HILMIE BIN MILUS – Timbalan Presiden Majlis Belia Sabah
FAIRUZ AS SAADAH – Ketua HELWA ABIM Sabah
Dengan berakhirnya sesi temuduga berkumpulan ini, seramai 24 orang calon bakal dinobatkan sebagai Felo SMJ kohort pertama bagi tahun 2022. Syabas dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon Felo SMJ.
Sabah Maju Jaya
Sumber : IKEBS info