You are currently viewing MESYUARAT SUKAN SABAH (SAGA) IX, KENINGAU

MESYUARAT SUKAN SABAH (SAGA) IX, KENINGAU

UTC, KOTA KINABALU 09 April – Menteri Belia dan Sukan Sabah, YB Datuk Poon Ming Fung@Frankie mempengerusikan mesyuarat JK Induk Sukan Sabah (SAGA) yang pertama bagi edisi yang ke 9 di Bilik Mesyuarat Bangunan UTC, hari ini. Beliau terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Pegawai-pegawai daerah atau wakil atas kehadiran dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Induk SAGA ke 9, Keningau 2019. Antara agenda mesyuarat tersebut adalah penetapan tarikh dan jenis-jenis sukan yang dipertandingkan serta beberapa cadangan penambahbaikan bagi mengangkat kualiti sukan di Negeri Sabah khususnya. Mesyuarat itu yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Poon Ming Fung@Frankie turut memutuskan 19 acara dipertandingkan manakala sukan seperti Petanque dan Taekwando telah digugurkan. Daripada jumlah itu, 11 merupakan sukan wajib iaitu, Badminton, Bola Sepak, Boling Padang, Berbasikal, Hoki, Karate, Memanah, Olahraga, Pencak Silat, Sepak Takraw dan Tinju. Manakala sukan pilihan terdiri daripada Bola Jaring, Bola Keranjang, Bola Tampar, Golf, Ping Pong, Ragbi, Tenis dan Muay Thai. Berhubung mengenai venue sukan kali ini yang melibatkan 4 buah daerah iaitu Keningau selaku tuan rumah yang disertai daerah Tenom, Tambunan dan juga Nabawan, adalah berbeza berbanding dengan dua edisi sebelumnya hanya melibatkan 3 buah daerah iaitu Keningau, Tenom dan Tambunan. Pengurus Besar, Lembaga Sukan Negeri Sabah, Encik Terrence Edward Pudin berkata, beberapa venue masih dalam proses baik pulih. Sementara infrastruktur baru untuk acara sukan Olahraga bakal diadakan di daerah Nabawan. Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah, merangkap Timbalan Setiausaha Jawatankuasa Induk SAGA, Encik Neldin Gimbang, turut memberitahu, penganjuran kali ini amat istimewa kerana akan disertai oleh daerah yang baru dinaiktaraf daerah penuh iaitu daerah Kalabakan. ‘Kita akan melihat sebanyak 27 daerah bakal bertanding dalam merebut gelaran juara Sukan Sabah kali ini’ tambah beliau. Sementara itu, menjawap soalan berhubung isu kelayakan atlet-atlet elit yang pernah menjuarai mana-mana peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa yang masih layak dari segi umur untuk bertanding pada SAGA kali ini, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah, Encik Mohd Asneh Mohd Noor menjelaskan bahawa kita perlu meneliti dan buat pertimbangan yang menjurus kepada impak pencapaian jenis sukan tersebut. Bagi menghalusi isu berkaitan taraf atlet-atlet, kita akan bermesyuarat bagi mana-mana sukan yang terlibat bersama-sama dengan semua pengurus-pengurus, pegawai-pegawai dan jurulatih-juraltih sukan dan juga bahagian teknikal pertandingan bagi mencapai keputusan yang bermanfaat untuk pembangunan sukan negeri dan baik untuk kemajuan sukan negara’. ​ Untuk maklauman Keningau tampil selaku kuasa baru sukan di Sabah selepas muncul juara Sukan Sabah (SAGA) ke-8, Sandakan 2017. Kontinjen dari pedalaman atas ini yang menghantar seramai 338 atlet dan pegawai itu turut memecahkan dominasi Kota Kinabalu yang muncul juara keseluruhan SAGA sejak ia dianjurkan pada 2003. Pada edisi 2003, 2005 dan 2007, SAGA dianjurkan menerusi penyertaan mengikut zon dengan kesemua tahun berkenaan dimenangi Zon Pantai Barat Selatan yang turut diwakili atlet dari Kota Kinabalu. ​ Pada SAGA edisi kelapan tahun ini, Keningau mengumpul sejumlah 76 pingat, iaitu 31 emas, 26 perak dan 19 gangsa. Naib juara keseluruhan pula menjadi milik tuan rumah selepas mengumpul sejumlah 64 pingat, iaitu 24 emas, 19 perak dan 21 gangsa. Sementara itu, Kota Kinabalu sekadar berada di tempat ketiga dengan 22 emas, 16 perak dan 31 gangsa. Tawau pula berada di kedudukan keempat dengan 21 emas, 27 perak dan 25 gangsa. Kota Belud dan Papar pula masing-masing di kedudukan kelima dan keenam selepas mengumpul 14 pingat emas, namun dibezakan dengan perbezaan pungutan pingat perak dan gangsa.    
mykbss
Author: mykbss