You are currently viewing MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK TEMASYA SUKAN MALAYSIA (SUKMA) KONTINJEN NEGERI SABAH

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK TEMASYA SUKAN MALAYSIA (SUKMA) KONTINJEN NEGERI SABAH

07 Julai (SELASA)- Berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sukan Malaysia (SUKMA) Kontijen Negeri Sabah bertempat di Ibu Pejabat, Kementerian Belia dan Sukan Sabah. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah, YB Phoong Jin Zhe. Antara agenda utama yang dibincangkan adalah Perancangan, Program-program latihan, serta persediaan para atlet dan Kontinjen dalam menghadapi Temasya Sukan Malaysia. Walaupun SUKMA, Johor telah ditunda pada 6 hingga 14 Mac 2021 susulan penularan COVID-19, perancangan dan persediaan rapi Kementerian perlu diperhalusi supaya berjalan dengan lancar dan sistematik. Ini juga mengambil kira bantuan-bantuan yang perlu diutamakan kepada para atlet agar dapat menjalankan latihan sepanjang tempoh pandemic COVID-19.

Turut hadir  bersama , Tuan Mohd Jali Putera, Timbalan Setiausha Tetap, Tuan Asneh Mohd Noor, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah serta pegawai-pegawai Kanan Kementerian.

 

 

mykbss
Author: mykbss