KBSS Logo

PROFIL KEMENTERIAN

MENGENAI KAMI

Kenali Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah serta peranan kami dalam menyokong pembangunan belia, sukan dan ekonomi kreatif negeri.

PERUTUSAN

Datuk Mansur Haji Asun

Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah

Sejajar dengan saranan kerajaan adalah tepat pada masanya untuk kami menaiktaraf laman web rasmi kementerian kearah yang lebih efisien dan mesra pelanggan dengan menintegrasikan perkhidmatan atas talian dalam usaha menyanturi para belia dengan lebih efektif.

Dalam usaha memanfaatkan sistem pendigitalan dengan sokongan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), kita akan lebih menekankan corak penyampaian kita kepada Infografik yang mudah difahami dengan mesej yang lebih menekankan kepada konsep kesedaran lebih berinovasi selain memberi lebih banyak mesej mesej bermotivasi untuk memberi impak kepada para belia dalam menghadapi kehidupan norma baharu masa kini.

Dengan perluasan kemudahan ICT ini, kami dapat menjamin kualiti perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik. Melalui gandingan penjawat awam yang terlatih dan sentiasa positif, kami boleh menyampaikan perkhidmatan di barisan hadapan yang berkualiti tinggi.

Kami mengalu-alukan maklumbalas dan cadangan penambahbaikan yang berguna agar kami mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan yang telah kami sediakan.

Setiausaha Tetap KBSK

Datuk Mansur Haji Asun - Setiausaha Tetap KBSS

Sejarah Penubuhan KBSK

Perjalanan transformasi Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah sejak penubuhannya pada tahun 1971 sehingga kini

KBSS Event
16
Oktober 1971

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sabah (KKBS) ditubuhkan. Penubuhan ini adalah usaha Kerajaan Negeri untuk membangunkan belia dalam arus pembangunan negara.

08
Jun 1998

Penjenamaan semula kepada Kementerian Belia dan Sukan (N) Sabah (KBSS) selaras dengan penyusunan semula Kementerian-Kementerian Negeri.

20
Mac 1999

Sekali lagi dijenamakan semula kepada Kementerian Pembangunan Belia, Kebudayaan dan Kemajuan Sukan Sabah.

04
April 2001

Melalui Mesyuarat Jemaah Menteri, Kementerian ini sekali lagi dijenamakan semula kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

01
April 2003

Kementerian Belia dan Sukan (N) Sabah dijenamakan semula.

01
Disember 2025

Kementerian Belia dan Sukan Sabah dijenamakan semula kepada Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah

Visi dan Misi KBSK

Matlamat dan misi kami dalam membangunkan belia mandiri dan atlet cemerlang untuk Sabah yang lebih sejahtera

VISI

Menjadi organisasi utama dalam membentuk belia mandiri dan atlet cemerlang

MISI

Memacu Sabah ke arah yang lebih sejahtera, maju dan bersatu padu melalui belia dan sukan

Peranan dan Fungsi Utama KBSK

Tiga peranan utama kami dalam memajukan sektor belia, sukan dan ekonomi kreatif di Sabah melalui perancangan dan pembangunan yang berkesan

01

Perancangan dan Pembangunan

Merancang, membangun dan mengembangkan potensi belia dan sukan dalam pelbagai aspek di peringkat negeri dan antarabangsa.

02

Infrastruktur Sukan

Merancang dan membangunkan infrastruktur sukan bagi menggalakkan penyertaan aktif masyarakat dalam aktiviti kesukanan dan sekaligus meningkatkan prestasi pencapaian sukan negeri Sabah.

03

Industri Sukan

Merancang dan membangunkan industri sukan negeri untuk meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat Sabah.

Misi Khidmat Pelanggan

Komitmen kami untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Sabah dengan penuh dedikasi dan profesionalisme

Pembangunan Berkesan

Melaksanakan dasar dan program pembangunan belia dan sukan dengan berkesan

Prasarana Kondusif

Menyediakan prasarana sukan dan belia yang kondusif dan selamat

Maklum Balas Pantas

Memberi maklumbalas ke atas aduan/pertanyaan dalam tempoh 3 hari bekerja