You are currently viewing MAJLIS SAMBUTAN SETAHUN HALA TUJU SABAH MAJU JAYA (HTSMJ), PELAN PEMBANGUNAN SMJ (2021-2025)

MAJLIS SAMBUTAN SETAHUN HALA TUJU SABAH MAJU JAYA (HTSMJ), PELAN PEMBANGUNAN SMJ (2021-2025)

Kota Kinabalu – Majlis Sambutan Setahun Hala Tuju Sabah Maju Jaya (HTSMJ), Pelan Pembangunan SMJ (2021-2025) disambut meriah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC). Majlis ini disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.

Majlis bermula dengan ucapan Retrospektif Aspirasi oleh YAB Ketua Menteri, disusuli dengan tayangan Gimik Setahun HTSMJ 2022, Penyerahan Laporan Pencapaian setiap Kementerian, Tayangan Dokumentari 365, Upacara Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA), Memorandum of Understanding (MoU) bersama pelabur, Lawatan ke Career GIG serta Pelancaran Showcase SMJ.

Majlis Sambutan Setahun HTSMJ telah berlangsung sejak kemarin dan akan menutup tirai pada 31 Mac nanti. Pelbagai pengisian menarik bakal diisi sepanjang 4 hari ini seperti Eksekutif Forum-SMJ, Career GIG-SMJ 2022, Ekadasa SMJ dan banyak lagi.

Orang ramai jemput hadir bagi memeriahkan lagi Majlis Sambutan Setahun HTSMJ, Pelan Pembangunan SMJ (2021-2025).

Sabah Maju Jaya

Pautan Hebahan Majlis Sambutan Setahun HTSMJ, Pelan Pembangunan SMJ (2021-2025);

i. Youtube Sabah Government Official:  https://m.youtube.com/watchfbclid=IwAR1f7YsgxGZKPS3Ccz4gqZiBg01aF6eaaGNNPgcHp968a4vfuRoZs0WELW4&v=K5qmGhGMk7w&feature=youtu.be

ii. Facebook Kementerian Belia dan Sukan Sabah : https://www.facebook.com/100064450969663/posts/340629871428709/?d=n

Azley Dee | Bahagian Komunikasi Korporat | KBSS
Author: Azley Dee | Bahagian Komunikasi Korporat | KBSS

Admin | Bahagian Komunikasi Korporat | Kementerian Belia dan Sukan Sabah

Azley Dee | Bahagian Komunikasi Korporat | KBSS

Admin | Bahagian Komunikasi Korporat | Kementerian Belia dan Sukan Sabah