You are currently viewing MAJLIS PERASMIAN PERKAMPUNGAN ATLET & MENAIKKAN BENDERA KEJOHANAN SUKMA XX, MSN 2022

MAJLIS PERASMIAN PERKAMPUNGAN ATLET & MENAIKKAN BENDERA KEJOHANAN SUKMA XX, MSN 2022

Majlis Perasmian Perkampungan Atlet dan Upacara Menaikkan Bendera Kejohanan SUKMA telah disempurnakan oleh YBhg.Dato’ Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, bertempat di perkarangan DECTAR Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Turut hadir, YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Suzereen Md Jamil, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UKM.

UKM mencatat satu lagi sejarah apabila dipilih oleh Majlis Sukan Negara sebagai kluster perkampungan utama yang menempatkan 4,203 orang atlet Sukan Malaysia, atau SUKMA ke-20 MSN 2022, pada tahun ini.

Majlis perasmian dan penutup SUKMA 2022 pula dijadualkan pada 17 dan 24 September di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM, Bangi.

Azley | Bahagian Komunikasi Korporat | KBSS
Author: Azley | Bahagian Komunikasi Korporat | KBSS

Admin | Bahagian Komunikasi Korporat | Kementerian Belia dan Sukan Sabah

Azley | Bahagian Komunikasi Korporat | KBSS

Admin | Bahagian Komunikasi Korporat | Kementerian Belia dan Sukan Sabah