You are currently viewing MAJLIS PERASMIAN MINGGU INTEGRITI PERINGKAT KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN SABAH (KBSS) TAHUN 2021

MAJLIS PERASMIAN MINGGU INTEGRITI PERINGKAT KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN SABAH (KBSS) TAHUN 2021

MINGGU INTEGRITI DISAMBUT MERIAH DI PERINGKAT KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN SABAH TAHUN 2021
­
𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗞𝗜𝗡𝗔𝗕𝗔𝗟𝗨, 𝟮𝟯 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟭 – Menteri Belia dan Sukan Sabah, Yang Berhormat Datuk Ellron Angin pagi ini telah menyempurnakan Majlis Perasmian Minggu Integriti Peringkat Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) secara hibrid bertempat di Ibu Pejabat KBSS. Dalam majlis ini, YB Menteri turut menyampaikan watikah pelantikan Ahli Jawatankuasa Integriti Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan agensi di bawah Kementerian.
­
Minggu Integriti Peringkat Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) akan dilaksanakan bermula pada 23 hingga 25 November 2021. Pelaksanaan Minggu Integriti akan dibuat secara hibrid melalui Platform Zoom Meeting bersama agensi di bawah Kementerian iaitu Majlis Sukan Negeri Sabah (MSN), Lembaga Sukan Sabah (LSS), Majlis Belia Sabah (MBS), KBSS Peringkat Bahagian dan Daerah. Pengisian Minggu Integriti akan diisi dengan Ceramah dan Kuiz Integriti.
­
Ceramah Minggu integriti akan bermula dengan Ceramah I: Integriti dalam Perkhidmatan Awam oleh Unit Integriti Negeri Sabah; Ceramah II: Pengenalan Kepada Akta SPRM 2009 oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Cawangan Sabah; Ceramah III: Akta Perlindungan Saksi 2009 dan Akta Pemberi Maklumat 2010 oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Cawangan Sabah dan Ceramah IV: Integriti dalam Bekerja Menurut Islam oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) diikuti dengan Kuiz Integriti KBSS.
­
Turut hadir dalam majlis ialah Yang Berhormat, Andi Mohammad Suryady bin Hj Bandy, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah; Y.Bhg. Tuan Mansur Hj. Asun, Setiausaha Tetap KBSS; Y.Bhg. Datuk Karunanithy a/l Y.Subbiah, Pengarah SPRM Cawangan Sabah, Tuan Putera Jali, Timbalan Setiausaha Tetap II; Tuan Asneh Mohd Noor, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah; Tuan Terrance Edward Pudin, Pengurus Besar Lembaga Sukan Sabah; pegawai serta kakitangan Kementerian Belia dan Sukan Sabah.
­
Pautan Siaran Langsung : https://fb.watch/9s0eZvLox9/
­
“𝑹𝒂𝒔𝒖𝒂𝒉 𝑫𝒊𝒉𝒊𝒏𝒂, 𝑴𝒂𝒓𝒖𝒂𝒉 𝑫𝒊𝒃𝒊𝒏𝒂”
𝑩𝒆𝒓𝒔𝒂𝒎𝒂 𝑴𝒆𝒓𝒆𝒂𝒍𝒊𝒔𝒂𝒔𝒊𝒌𝒂𝒏 𝑺𝒂𝒃𝒂𝒉 𝑴𝒂𝒋𝒖 𝑱𝒂𝒚𝒂
Ben Lampard
Author: Ben Lampard