You are currently viewing MAJLIS PENYERAHAN TUGAS TIMBALAN SETIAUSAHA TETAP, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN SABAH (KBSS)

MAJLIS PENYERAHAN TUGAS TIMBALAN SETIAUSAHA TETAP, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN SABAH (KBSS)

13 JULAI 2020 – Berlangsungnya Majlis Penyerahan Tugas Timbalan Setiausaha Tetap yang baharu Kementerian Belia dan Sukan Sabah. Majlis ini dihadiri oleh kakitangan Kementerian Belia dan Sukan Sabah. Dalam majlis tersebut, Mantan Timbalan Setiausaha Tetap, Tuan Neldin Gimbang menyampaikan simbolik penyerahan tugas kepada Tuan Putera Jali, Timbalan Setiausaha Tetap baharu yang disaksikan sendiri oleh Setiausaha Tetap, Tuan Haji Mohd Yusrie Abdullah. Tuan Neldin Gimbang bakal memulakan tugas yang baru di Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah.

Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan seluruh warga di bawah KBSS merakamkan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Mantan Setiausaha Tetap, Tuan Neldin Gimbang sepanjang berkhidmat di Kementerian dan selamat bertugas ditempat yang baharu. KBSS dan seluruh warga di bawah KBSS juga turut mengucapkan selamat datang Kepada Timbalan Setiausaha Tetap yang baharu, Tuan Putera Jali dan Selamat menjalankan tugas.

Belia Perkasa dan Atlet Bertaraf Dunia.

mykbss
Author: mykbss