You are currently viewing MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH KARNIVAL BOLA SEPAK DAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP PIALA MENTERI BELIA DAN SUKAN SABAH BAHAGIAN PEDALAMAN ATAS 2022

MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH KARNIVAL BOLA SEPAK DAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP PIALA MENTERI BELIA DAN SUKAN SABAH BAHAGIAN PEDALAMAN ATAS 2022

KENINGAU – Karnival Bola Sepak dan Sepak Takraw Tertutup Piala Menteri Belia dan Sukan Sabah Bahagian Pedalaman Atas 2022 pada petang ini telah melabuhkan tirainya selepas berakhirnya perlawanan akhir Bola Sepak Lelaki dan Wanita di Kompleks Sukan, Keningau.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, YB Datuk Ellron Angin merangkap ADUN N.45 Sook hadir menyaksikan perlawanan akhir Bola Sepak akhir  tersebut seterusnya menyempurnakan penyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Karnival sukan Piala Menteri Belia dan Sukan Sabah telah bermula pada 4 sehingga 6 Mac yang menyaksikan pertandingan Bola Sepak dan Sepak Takraw kategori Lelaki dan wanita yang melibatkan penyertaan seramai 550 orang terdiri daripada atlet dan pegawai.

Pasukan bola sepak lelaki dan wanita JJFC Tenom telah merangkul gelaran juara bergaya apabila masing-masing mengetepikan cabaran pasukan lawan pada pertandingan akhir. Bagi acara Sepak Takraw pula, regu Astaka Keningau B dan Daerah Nabawan masing-masing muncul juara bagi kategori lelaki dan wanita.

Dalam ucapan perasmian pada Sabtu, Ellron berkata karnival sukan ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baharu yang boleh digilap dan diketengahkan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Sabah Maju Jaya

mykbss
Author: mykbss