You are currently viewing MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN KARNIVAL BOLA SEPAK DAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP PIALA MENTERI BELIA DAN SUKAN SABAH BAHAGIAN PEDALAMAN ATAS 2022

MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN KARNIVAL BOLA SEPAK DAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP PIALA MENTERI BELIA DAN SUKAN SABAH BAHAGIAN PEDALAMAN ATAS 2022

KENINGAU – Menteri Belia dan Sukan Sabah, YB Datuk Ellron Angin merangkap ADUN N.45 Sook telah merasmikan Majlis Pembukaan Karnival Bola Sepak dan Sepak Takraw Tertutup Piala Menteri Belia dan Sukan Sabah Bahagian Pedalaman Atas 2022 yang diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Keningau.

Dalam majlis tersebut Ellron mengucapkan tahniah kepada semua pasukan yang menyertai karnival sukan yang julung kalinya diadakan meskipun masih dalam kekangan pandemik Covid-19.

Ellron berkata, karnival ini disertai oleh 47 pasukan keseluruhan dari seluruh bahagian pedalaman atas. Jumlah pasukan yang bertanding ini melibatkan 550 atlet dan pegawai. Saya difahamkan sukan Bola Sepak dan Sepak Takraw Lelaki mendapat sambutan paling banyak dengan masing-masing menerima 16 pasukan. Manakala Sukan Bola Sepak Wanita menerima penyertaan 9 pasukan dan Sepak Takraw wanita dengan 6 penyertaan.

Karnival ini diadakan bertujuan untuk mencungkil dan mengenalpasti bakat-bakat baharu untuk kita gilap dan seterusnya mewakili negeri Sabah ke Kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa khususnya di Sukan Malaysia atau SUKMA, tambahnya lagi.

Karnival sukan Piala Menteri Belia dan Sukan Sabah akan bermula pada 4 sehingga 6 Mac yang menyaksikan pertandingan Bola Sepak kategori Lelaki dan Wanita serta Sepak Takraw kategori lelaki dan wanita yang diadakan di Kompleks Sukan dan Padang Penjara, Keningau.

Sabah Maju Jaya

­
mykbss
Author: mykbss