You are currently viewing MAJLIS PELANCARAN BUKU PELAN STRATEGIK PEMBANGUNAN SUKAN SABAH 2021-2030 DAN MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA KBSS, MAJLIS SUKAN NEGERI SABAH (MSN) BERSAMA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

MAJLIS PELANCARAN BUKU PELAN STRATEGIK PEMBANGUNAN SUKAN SABAH 2021-2030 DAN MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA KBSS, MAJLIS SUKAN NEGERI SABAH (MSN) BERSAMA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

­MoU KBSS, MSN BERSAMA UMS BANTU PERKASA PEMBANGUNAN SUKAN DAN LAHIRKAN ATLET SABAH
­­
𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗞𝗜𝗡𝗔𝗕𝗔𝗟𝗨, 𝟮𝟮 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟭 – Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) telah mengadakan Majlis Pelancaran Buku Pelan Strategik Pembangunan Sukan Sabah 2021-2030 dan Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara KBSS, Majlis Sukan Negeri Sabah (MSN) bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC).
­
Majlis bermula dengan Pelancaran Buku Pelan Strategik Pembangunan Sukan Sabah 2021-2030 yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Ellron Angin, Menteri Belia dan Sukan Sabah merangkap Pengerusi Majlis Sukan Negeri Sabah.
Buku Pelan Strategik Pembangunan Sukan Sabah 2021-2030 dibangunkan seiring dengan kemajuan dan pembangunan sains dan teknologi dalam sukan yang giat berkembang dewasa ini. Kerangka Strategik Pelan Pembangunan Sukan Sabah ini akan melibatkan tiga (3) Teras Utama: Sukan Prestasi Tinggi, Industri Sukan dan Sukan Massa dan didukung oleh tujuh (7) teras strategik iaitu Pembudayaan Sukan, Tadbir Urus, Jalinan Kerjasama Pintar, Kewangan, Pembangunan Atlet (modal insan) dan yang terakhir Penyelidikan yang bersistematik.
­
Majlis diteruskan dengan acara Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kementerian Belia dan Sukan Sabah / Majlis Sukan Negeri Sabah dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kementerian Belia dan Sukan Sabah diwakili Y.Bhg. Tuan Mansur Hj Asun, Setiausaha Tetap,KBSS merangkap Setiausaha MSN, Majlis Sukan Negeri Sabah diwakili oleh Y.Brs. Tuan Asneh Mohd Noor, Pengarah MSN dan Pihak Universiti Malaysia Sabah diwakili oleh Y.Bhg. Prof. Datuk CHM. TS. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Naib Canselor UMS bersama Y.Bhg. En. Luqman Ridha Anwar, Pendaftar Universiti Malaysia Sabah disaksikan oleh YB Menteri Belia dan Sukan Sabah.
Memorandum Persefahaman antara KBSS, MSN dan UMS merupakan jaringan Kerjasama dan perkongsian pintar bertujuan untuk mengenalpasti sukan-sukan berprestasi tinggi berasaskan potensi kemajuan sukan di Negeri Sabah. MOU ini juga meliputi penilaian dan pengujian mengikut spefikasi sukan serta khidmat nasihat secara professional.
­
Turut hadir dalam Majlis ini Yang Berhormat Tuan Andi Muhammad Suryady Hj Bandy, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah; Y.Bhg. Encik Osman Bin Aganduk, Pengerusi, Lembaga Sukan Negeri Sabah; Y.Brs. Tuan Putera Jali, Timb. SUT KBSS II; Y.Brs. Prof Dr. Mohammad Saffree, Dekan Falkulti Perubatan & Sains Kesihatan Universiti Malaysia Sabah (UMS); Y.Brs. Encik Mohd Firdaus Kassim, Timbalan Pengurus Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah; Pegawai-pegawai Kanan KBSS, MSN dan UMS.
­
“𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮 𝗠𝗮𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗕𝗲𝗿𝗶𝗻𝗼𝘃𝗮𝘀𝗶, 𝗔𝘁𝗹𝗲𝘁 𝗕𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝗸𝗲𝘆𝗮𝗸𝗶𝗻𝗮𝗻”
“𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗝𝗨 𝗝𝗔𝗬𝗔”
­
Pautan video gimik pelancaran
Ben Lampard
Author: Ben Lampard