You are currently viewing MAJLIS APRESIASI JASAMU DIKENANG MERAIKAN PESARA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN SABAH

MAJLIS APRESIASI JASAMU DIKENANG MERAIKAN PESARA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN SABAH

KOTA KINABALU, 07 Januari 2022 – Seramai 12 pesara wajib Kementerian Belia dan Sukan Sabah bagi tahun 2019, 2020 dan 2021  telah menerima penghargaan pada Majlis Amanat Menteri Belia dan Sukan Sabah, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Apresiasi Jasamu Dikenang Peringkat Kementerian Belia dan Sukan Sabah tahun 2022.

Penghargaan Jasamu Dikenang diberikan sebagai menghargai sumbangan dan jasa bakti mereka sepanjang berkhidmat di Kementerian. Penyampaian Sijil  Penghargaan telah disempurnakan oleh YB Datuk Ellron Angin, Menteri Belia dan Sukan Sabah.

YB Datuk Ellron Angin berkata, majlis ini merupakan manifestasi dan komitmen Kementerian untuk menghargai sumbangan dan kecemerlangan pesara dan saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua mantan kakitangan kementerian. Beliau berkata demikian dalam ucapan Amanat Menteri Belia dan Sukan Sabah.

Dalam majlis itu, Ellron turut menyampaikan Sijil Penghargaan dan Wang Tunai kepada 12 orang Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan 21 orang Penerima Anugerah Khas Menteri Belia dan Sukan Sabah bagi tahun 2019,2020 dan 2021.

­SABAH MAJU JAYA

 

 

 

 

 

 

 

­

 

 

 

 

 

­

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

mykbss
Author: mykbss