You are currently viewing MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2019 DAN 2020 LEMBAGA SUKAN SABAH

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2019 DAN 2020 LEMBAGA SUKAN SABAH

 

 

 

 

 

KOTA KINABALU,14 DISEMBER 2021 – Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin telah menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2019 dan 2020, Lembaga Sukan Sabah (LSS) bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC).

Beliau dalam ucapannya mengharapkan agar pengiktirafan yang diberikan dapat menyuntik semangat dan mencetus inspirasi kepada semua warga Lembaga Sukan Sabah untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang serta berkomitmen, berproduktiviti dan mutu kerja yang berkualiti tinggi.

“Saya juga menyeru kepada semua warga kerja Lembaga Sukan Sabah agar terus menjadi lebih kreatif dan berinovatif dalam menyampaikan perkhidmatan di tempat kerja masing-masing” tambah Ellron.

 

 

 

 

 

Terdahulu Ellron telah menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk tahun 2019 dan 2020, Sijil Penghargaan Kepada Pesara 2019 dan 2020 serta Anugerah Khas.

Hadir sama dalam majlis tersebut Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Andi Muhammad Suryady Bandy, Pengerusi Lembaga Sukan Sabah Tuan Osman Aganduk, Setiausaha Tetap KBSS Tuan Mansur Asun, Pengurus Besar Lembaga Sukan Sabah Tuan Terrence Pudin, Timbalan Setiausaha Tetap 1 KBSS, Tuan William Ahlan serta kakitangan LSS.

mykbss
Author: mykbss