You are currently viewing MAJLIS AMANAT MENTERI BELIA DAN SUKAN SABAH, ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) DAN APRESIASI JASAMU DIKENANG PERINGKAT KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN SABAH TAHUN 2019, 2020, 2021

MAJLIS AMANAT MENTERI BELIA DAN SUKAN SABAH, ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) DAN APRESIASI JASAMU DIKENANG PERINGKAT KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN SABAH TAHUN 2019, 2020, 2021

KOTA KINABALU, 07 Januari 2022 – Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) telah mengadakan Majlis Amanat Menteri Belia dan Sukan Sabah, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Apresiasi Jasamu Dikenang peringkat Kementerian bagi tahun 2019, 2020, 2021 bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC).

Majlis 3 serangkai ini bermula dengan Amanat Menteri Belia dan Sukan Sabah.

Dalam ucapan Amanat Menteri Belia dan Sukan Sabah, YB Datuk Ellron Angin menegaskan Kementerian agar dapat mengekalkan rentak kecemerlangan dan komitmen yang telah ditunjukkan selama ini, disamping mendokong usaha Kerajaan ke arah kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat. “Sesungguhnya, self-government wont work without self-discipline” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Penerima APC dan Penerima Anugerah Khas Menteri Belia dan Sukan Sabah. Beliau juga berharap dengan pengiktirafan ini akan dapat menyuntik semangat, mencetus inspirasi dan seterusnya menjadi suri teladan kepada semua warga Kementerian dalam membentuk ekosistem pekerjaan yang cemerlang.

Ellron turut mengucapkan selamat maju jaya kepada semua mantan kakitangan Kementerian samada yang berpindah atau bersara wajib.

Dalam majlis itu, Ellron turut menyampaikan Sijil Penghargaan dan Wang Tunai sebanyak RM 1,000.00 kepada 12 orang Penerima APC, Sijil Penghargaan dan Wang Tunai sebanyak RM 500.00 kepada 21 orang Penerima Anugerah Khas Menteri Belia dan Sukan Sabah serta Sijil Penghargaan kepada 12 kakitangan kementerian yang telah bersara wajib pada tahun 2019, 2020 dan 2021.

Hadir bersama dalam majlis ini Y.Bhg. Tuan Mansur Hj. Asun, Setiausaha Tetap KBSS; Y.Bhg. Tuan Osman bin Aganduk, Pengerusi Lembaga Sukan Sabah; Y.Bhg. Tuan Terrance Edward Pudin, Pengurus Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah dan Tuan Abqaree Fawwaz Abekan, Presiden Majlis Belia Sabah.

 

SABAH MAJU JAYA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

mykbss
Author: mykbss