You are currently viewing KUNJUNGAN HORMAT AHLI LEMBAGA PENGARAH LEMBAGA SUKAN SABAH KEPADA MENTERI BELIA DAN SUKAN SABAH

KUNJUNGAN HORMAT AHLI LEMBAGA PENGARAH LEMBAGA SUKAN SABAH KEPADA MENTERI BELIA DAN SUKAN SABAH

­
KOTA KINABALU, 15 Disember – Menteri Belia dan Sukan Sabah, YB Datuk Ellron Angin menerima kunjungan hormat daripada Ahli Lembaga Pengarah,  Lembaga Sukan Sabah (LSS) yang diketuai Pengerusinya Tuan Osman Aganduk di Ibu Pejabat Kementerian Belia dan Sukan Sabah.
­
­
Antara agenda yang dibawa oleh Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Sukan Sabah (LSS) adalah memperkenalkan aspirasi Lembaga Pengarah LSS untuk tahun 2020 – 2023, iaitu menyediakan pusat yang lengkap dengan fasiliti dan diselenggara sepanjang masa, pusat dan fasiliti digunakan oleh pengiat-pengiat sukan dan komuniti dan pusat dan fasiliti hendaklah dalam keadaan baik dan berfungsi.
­
“Untuk mencapai halatuju tersebut, pihak LSS memperkenalkan strategi KCS iaitu Kondusif, Selamat dan Ceria yang menekankan keselesaan, keselamatan serta keindahan alam semula jadi” kata Osman Aganduk dalam pembentangannya kepada menteri.
­
Agenda lain yang dibentangkan adalah perancangan pelaksanaan program pada tahun 2022 yang bakal dikendalikan oleh LSS iaitu penganjuran Program Klinik Sukan Ping Pong dan Karnival Sukan yang akan diadakan di beberapa daerah . Walau bagaimanapun program tersebut masih dalam dalam fasa perancangan dan sedang diperhalusi memandangkan ianya melibatkan kerjasama  daripada beberapa agensi kerajaan negeri dan persekutuan.
­
Ellron dalam ucapannya menyambut baik  usaha Ahli Lembaga Pengarah mengenai gagasan aspirasi kerana ianya amat penting agar hala tuju LSS dapat diperkasa dan sentiasa selari dengan perkembangan semasa.
­
“Saya menyambut baik gagasan aspirasi ini, ianya adalah satu usaha murni dalam memastikan objektif utama penyediaan fasiliti dan kemudahan sukan kondusif dan selamat tidak diabaikan” kata Ellron.
­
Terdahulu beliau juga sempat menandatangani watikah perlantikan Encik Ramjit Nairulal sebagai Ahli Lembaga Pengarah yang sepatutnya ditandangani bersama-sama alhi lembaga lainnya namun disebabkan pandemik Covid-19 memuncak pada masa itu.
­
Hadir sama dalam kunjungan hormat ini Pembantu Belia dan Sukan Sabah, YB Tuan Andi Muhammad Suryady bin Haji Bandy, Setiausaha Tetap KBSS, Tuan Mansur Asun, Pengurus Besar LSS, Tuan Terrance Edward Puddin serta ahli-ahli Lembaga Pengarah LSS.
mykbss
Author: mykbss