You are currently viewing KOLAM RENANG KOMPLEKS SUKAN TAWAU MEMENUHI SPESIFIKASI SAIZ OLIMPIK-ELLRON

KOLAM RENANG KOMPLEKS SUKAN TAWAU MEMENUHI SPESIFIKASI SAIZ OLIMPIK-ELLRON

KOTA KINABALU: Kolam Renang Kompleks Sukan Tawau yang siap dibina pada 28 Disember tahun lepas memenuhi spesifikasi kolam renang bersaiz Olimpik.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata demikian ketika menjawab soalan Rina Haji Jainal [Kukusan] pada sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri di sini pada Isnin.

Ellron bagaimanapun berkata, kolam renang itu belum mencapai status atau ciri-ciri bertaraf Olimpik.

“Kolam tersebut dibina mengikut spesifikasi kolam renang bersaiz Olimpik seperti yang digariskan oleh badan renang antarabangsa iaitu International Swimming Federation atau (FINA),” katanya.

Beliau berkata antara kemudahan di kolam renang itu ialah Kolam Pertandingan (Competation Pool) dan Kolam Kanak-kanak (Children Pool).

Menurut Ellron Kolam Pertandingan bersaiz Olimpik berkenaan boleh digunakan untuk tujuan latihan dan penganjuran kejohanan sukan renang peringkat negeri atau kebangsaan.

Buat masa ini, pemeriksaan akhir sedang dijalankan terutamanya dari segi keselamatan sebelum ia dibuka kepada umum secara rasminya Mei depan.

Sabah Maju Jaya

mykbss
Author: mykbss