You are currently viewing KBSS AKAN MELAKSANAKAN PROGRAM FELO SABAH MAJU JAYA (FELO SMJ) REALISASI GOLONGAN BELIA ELIT

KBSS AKAN MELAKSANAKAN PROGRAM FELO SABAH MAJU JAYA (FELO SMJ) REALISASI GOLONGAN BELIA ELIT

KOTA KINABALU, 08 Disember 2021 – Kementerian Belia dan Sukan (KBSS) akan melaksanakan Program Felo Sabah Maju Jaya (Felo SMJ) bagi merealisasikan golongan belia yang elit di negeri ini.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, YB Datuk Ellron berkata, Felo SMJ adalah platform untuk menempatkan golongan belia berusia antara 18 hingga 30 tahun sebagai protege di Kementerian, agensi dan Government Link Company (GLC). Felo SMJ ini berkonsepkan ‘direct mentoring’ yang melibatkan penempatan ‘mentee’ bersama dengan Ahli Jemaah Menteri Negeri Sabah selama enam bulan dan mendapat elaun mengikut kelayakan.

“Program ini bakal dilaksanakan dengan kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) dengan Institusi Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR), Sekretariat Hala Tuju Sabah Maju Jaya dan Majlis Belia Sabah (MBS) di bawah anjuran Inkubator Kepimpinan Belia Sabah (IKEBS)”.

Beliau berkata demikian dalam sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini pada rabu.

“Bagi memenuhi keperluan semasa dalam menyiapkan belia Sabah berusia 18 tahun sebagai pengundi dan terlibat dalam aktiviti politik secara sihat, Dewan Belia Sabah (DBS) diperkenalkan untuk membuka peluang kepada belia seawal 15 hingga 30 tahun untuk mewakili suara belia daripada 73 DUN di Sabah”.

Ellron berkata, DBS berfungsi sebagai platform untuk menyampaikan isu-isu berbangkit serta mengemukakan cadangan penambahbaikan daripada golongan belia yang boleh membangunkan kesejahteraan belia dan masyarakat di kawasan masing-masing.

“Untuk mencapai matlamat ini, KBSS akan melaksanakan program kepimpinan belia yang meliputi Pendidikan Politik di peringkat Sekolah Menengah, program Outreach Leadership Non-Finito dan Kecemerlangan Kepimpinan Belia Negeri Sabah”.

“Fokus pelaksanaan program ini tertumpu di kawasan-kawasan luar bandar dengan pengisian program seperti Program Dialog Bersama Belia dan Komuniti Luar Bandar bagi mendapatkan data dan membincangkan isu-isu setempat,” tambahnya lagi.

Belia Mandiri, Berinovasi Atlet Berani dan Berkeyakinan

“Bersama Merealisasikan Sabah Maju Jaya”

mykbss
Author: mykbss