You are currently viewing KARNIVAL SUKAN DAERAH KECIL PAGALUNGAN MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURAHIM, CUNGKIL BAKAT BERPOTENSI

KARNIVAL SUKAN DAERAH KECIL PAGALUNGAN MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURAHIM, CUNGKIL BAKAT BERPOTENSI

NABAWAN: Karnival Sukan Tertutup Daerah Kecil Pagalungan anjuran Mahkamah Anak Negeri dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) berjaya dianjurkan setelah hampir dua tahun tiada acara besar diadakan di daerah itu susulan pandemik Covid-19.

Majlis Perasmian Penutupan disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Sabah, YB Datuk Ellron Angin di Balai Budaya, daerah Kecil Pagalungan.

Antara sukan yang dipertandingkan ialah Sepak takraw, Bola Sepak, Bola Tampar, Lumba Boti dan Lumba Perahu. Sukan ini disertai para belia dari kampung-kampung yang terletak dalam kawasan Pagalungan. Karnival Sukan itu berlangsung selama 3 hari bermula 08  hingga 10 Jun 2022.

Ellron dalam ucapannya berkata “karnival sukan itu bertujuan mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga daerah Kecil Pagalungan memandangkan setelah dua tahun tidak bersua disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Beliau yang juga ADUN Sook berkata karnival sukan itu juga bermatlamat mencungkil bakat-bakat muda dalam bidang sukan untuk diketengahkan.

“Kita melihat belia-belia Pagalungan mempunyai potensi yang boleh diasah dan digilap terutama dalam bidang sukan, oleh itu menerusi karnival sukan inilah yang, kita dapat melihat mereka yang berpotensi untuk dilentur,” tambah Ellron.

Beliau berharap agar pengelolaan karnival sukan itu dapat diteruskan dan dianjurkan lagi pada tahun depan.

Selain itu, katanya mana-mana jenis sukan yang bersesuaian dengan keadaan geografi daerah Kecil Pagalungan juga boleh ditambah dalam karnival yang akan datang.

“Dengan keadaan muka bumi yang mencabar serta ekstrim, diharapkan para ibu bapa tetap cekal dan bersabar dalam membesarkan anak-anak, buat perancangan terbaik untuk masa depan anak-anak terutama dalam bidang pendidikan,” gesa beliau.

Penutupan karnival itu turut diserikan lagi dengan persembahan artis tempatan antaranya Abby Angkaas, Rusdy Raphael (Juara Sugandoi Nabawan 2022), Afiezal Fahmi, Dorce Mimie Ladius dan penampilan khas MRK Pagalungan Liefhiro.

Sabah Maju Jaya

Pautan hebahan Laman Facebook Rasmi KBSS : https://www.facebook.com/100064450969663/posts/pfbid02zbNUmUmGrW77VwsnNR2Z67XkCeFHEYcLHeAw1ERRwmWrt5BvRkAvS9yE3HFZZYV3l/?d=n

 

 

Azley Dee | Bahagian Komunikasi Korporat | KBSS
Author: Azley Dee | Bahagian Komunikasi Korporat | KBSS

Admin | Bahagian Komunikasi Korporat | Kementerian Belia dan Sukan Sabah

Azley Dee | Bahagian Komunikasi Korporat | KBSS

Admin | Bahagian Komunikasi Korporat | Kementerian Belia dan Sukan Sabah