You are currently viewing KARNIVAL SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2022 PERINGKAT KEBANGSAAN

KARNIVAL SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2022 PERINGKAT KEBANGSAAN

Kini yang dinanti-nanti telah pun tiba! Khas buat belia-belia di Malaysia dan Sabah khususnya.

Hari Belia Negara (HBN) disambut pada 15 Mei setiap tahun. Sambutan HBN pertama adalah pada tahun 1964. HBN dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putera al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama
merangkap Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Hari Belia Negara (HBN) diadakan bertujuan;

i. Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada golongan belia.
ii. Memberi semangat dan meningkatkan kesedaran dikalangan belia bahawa belia mash diberi perhatian oleh kerajaan.
iii. Menaikkan semangat kecintaan dan patriotism dikalangan belia dengan menyumbang kepada pembangunan negara.
iv. Menyediakan platform strategik kepada pemegang taruh untuk menyumbang kepada pembangunan belia.

Jom kita ke Karnival Sambutan Hari Belia Negara 2022 Peringkat Kebangsaan di Padang Pekan Tuaran, Sabah pada 15 hingga 17 Julai 2022. Ada pelbagai aktiviti menarik dan gempak menanti anda! Ini Masa Kita!

Untuk maklumat lanjut layari www.haribelianegara.com. 

“Ini Masa Kita”

Sabah Maju Jaya

Azley Dee | Bahagian Komunikasi Korporat | KBSS
Author: Azley Dee | Bahagian Komunikasi Korporat | KBSS

Admin | Bahagian Komunikasi Korporat | Kementerian Belia dan Sukan Sabah

Azley Dee | Bahagian Komunikasi Korporat | KBSS

Admin | Bahagian Komunikasi Korporat | Kementerian Belia dan Sukan Sabah