You are currently viewing KARNIVAL SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2022 PERINGKAT KEBANGSAAN

KARNIVAL SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2022 PERINGKAT KEBANGSAAN

𝗔𝗞𝗧𝗜𝗩𝗜𝗧𝗜-𝗔𝗞𝗧𝗜𝗩𝗜𝗧𝗜 𝗚𝗘𝗠𝗣𝗔𝗞 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗥𝗜𝗞 𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗕𝗘𝗟𝗜𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟮 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡
Jom kita ke Karnival Sambutan Hari Belia Negara 2022 Peringkat Kebangsaan di Padang Pekan Tuaran, Sabah pada 15 hingga 17 Julai 2022.
Ada pelbagai aktiviti menarik dan gempak menanti anda! Ini Masa Kita!

Hari Belia Negara (HBN) disambut pada 15 Mei setiap tahun. Sambutan HBN pertama adalah pada tahun 1964. HBN dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putera al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama merangkap Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Hari Belia Negara (HBN) diadakan bertujuan;

i. Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada golongan belia.
ii. Memberi semangat dan meningkatkan kesedaran dikalangan belia bahawa belia mash diberi perhatian oleh kerajaan.
iii. Menaikkan semangat kecintaan dan patriotism dikalangan belia dengan menyumbang kepada pembangunan negara.
iv. Menyediakan platform strategik kepada pemegang taruh untuk menyumbang kepada pembangunan belia.

Untuk maklumat lanjut layari www.haribelianegara.com.
Sabah Maju Jaya
Azley Dee | Bahagian Komunikasi Korporat | KBSS
Author: Azley Dee | Bahagian Komunikasi Korporat | KBSS

Admin | Bahagian Komunikasi Korporat | Kementerian Belia dan Sukan Sabah

Azley Dee | Bahagian Komunikasi Korporat | KBSS

Admin | Bahagian Komunikasi Korporat | Kementerian Belia dan Sukan Sabah