You are currently viewing HBN DI LUAR KOTA PERKEMBANGAN BAIK – JAHID

HBN DI LUAR KOTA PERKEMBANGAN BAIK – JAHID

TUARAN: Karnival Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2022 Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Padang Pekan Tuaran merupakan perkembangan yang baik.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim berkata, penganjuran aktiviti peringkat kebangsaan di luar kota memperlihatkan keterangkuman keterlibatan di antara pucuk pimpinan dan akar umbi khususnya di kawasan luar bandar.

“Penganjuran program di luar kota seperti ini memberikan kesan yang sangat baik.
“Melalui program seperti ini, hubungan yang harmoni antara pemimpin dan bakal-bakal pemimpin semakin rapat kerana adanya satu kerjasama yang terbentuk antara satu sama lain.

“Sehubungan itu, saya berharap agar penganjuran program sebegini di luar bandar akan diteruskan di masa-masa akan datang,” ujarnya ketika ditemui media selepas menyempurnakan pelepasan peserta bagi acara Fun Ride, Green Run dan Walk dan Fun Walk sempena Sambutan Karnival Hari Belia Negara 2022 Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.

Jahid turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur atas kecemerlangan, penglibatan dan kematangan dalam semua aspek penganjuran HBN pada kali ini.

“Pengisian program HBN menepati deskripsi yang ditetapkan dari segi waktu dan penyertaan yang disusun rapi.

Acara fun ride, fun walk dan fun run diadakan pada hari terakhir Sambutan Karnival HBN disertai lebih 1,600 peserta dari seluruh Sabah.

Hadir sama, Pegawai Daerah Tuaran, Shahrin Samsir, Timbalan Setiausaha Tetap II Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Putera Jali, Wakil Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Negeri Sabah, Shahrin Ibrahim, Presiden Majlis Belia Sabah, Abqaree Fawwaz Abekan dan Presiden Tuaran Youth Club, Mohd Ghazali Hajiji.

Ini Masa Kita

                                                                                                               Sumber : wartaoriental.com

Azley Dee | Bahagian Komunikasi Korporat | KBSS
Author: Azley Dee | Bahagian Komunikasi Korporat | KBSS

Admin | Bahagian Komunikasi Korporat | Kementerian Belia dan Sukan Sabah

Azley Dee | Bahagian Komunikasi Korporat | KBSS

Admin | Bahagian Komunikasi Korporat | Kementerian Belia dan Sukan Sabah