You are currently viewing GUSTI LENGAN HARUS DIBERIKAN LEBIH BANYAK SOKONGAN

GUSTI LENGAN HARUS DIBERIKAN LEBIH BANYAK SOKONGAN

KOTA KINABALU – Gusti lengan di negeri ini harus diberi lebih banyak sokongan dan perhatian oleh pihak berkuasa berkaitan memandangkan kejayaan yang dicapai oleh atlet tempatan baru-baru ini di peringkat Kebangsaan dan antarabangsa.

Pengerusi Kelab Gusti Lengan Kota Kinabalu, Jolly Johnson membuat gesaan itu semasa mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin di Pejabatnya pada Selasa lalu.

“Kami amat berharap agar gusti lengan diberi pengiktirafan yang sewajarnya oleh kerajaan negeri memandangkan terdapat ramai atlet dalam sukan ini yang telah mengharumkan nama Malaysia dan Sabah. Contohnya, Joffey Jolly yang memenangi pingat emas bersejarah di Kejohanan Dunia Persekutuan Gusti Lengan Antarabangsa di Poland pada 2019.

“Kami juga ingin melihat lebih banyak dana disediakan untuk Persatuan Gusti Lengan Sabah bagi menambah baik kemudahann dan peralatan latihan serta membiayai yuran permohonan bagi mereka yang mewakili Sabah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” katanya.

Ellron dalam pada itu berkata pihak Kementerian akan meneliti semula keadaan mereka dan mempertimbangkan tuntutan yang diusulkan.

Beliau turut menyeru badan Persatuan Gusti Lengan negeri itu untuk bekerjasama rapat dengan kementerian dalam merancang dan melaksanakan program mereka bagi menarik minat orang ramai seterusnya membawa lebih banyak prospek memenangi pingat emas pada masa hadapan.

Sementara itu, Jolly diiringi oleh Timbalan Pengerusi,  Kennedy Romero Wong; Penolong Setiausaha, Mohd Saidie Duldumin dan jolley Jolly yang juga salah seorang ahli jawatan kuasa bahagian.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian, tuan Mansur Asun; Pengarah Majlis Sukan Sabah, Tuan Mohd Asneh Mohd Noor dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Bahagian Pengurusan Sukan, Tuan Putera Jali.

Sabah Maju Jaya

 

Sumber : Harian Expres

Azley | Bahagian Komunikasi Korporat | KBSS
Author: Azley | Bahagian Komunikasi Korporat | KBSS

Admin | Bahagian Komunikasi Korporat | Kementerian Belia dan Sukan Sabah

Azley | Bahagian Komunikasi Korporat | KBSS

Admin | Bahagian Komunikasi Korporat | Kementerian Belia dan Sukan Sabah