Kota Kinabalu – Majlis Sambutan Setahun Hala Tuju Sabah Maju Jaya (HTSMJ), Pelan Pembangunan SMJ 1.0 (2021-2025) diteruskan dengan Ekadasa Sabah Maju Jaya 2022.
Majlis perasmian pembukaan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.
Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) dalam sesi forum ke-6 menyentuh tentang Kepimpinan Belia dan Kecemerlangan Sukan. Forum ini diketuai oleh Tuan Mansur Hj Asun, Setiausaha Tetap KBSS (Speaker) bersama empat panel lain dari latar belakang yang berbeza.
Dalam pada itu, Showcase SMJ turut berlangsung sepanjang hari dan melabuhkan tirai pada sebelah petang. Ekadasa SMJ 2022 akan diteruskan pada esok dengan lebih banyak topik menarik yang dikongsi oleh Kementerian-kementerian lain.
Sambutan Setahun HTSMJ, Pelan Pembangunan SMJ 1.0 (2021-2025) akan menutup tirai pada esok yang bakal disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.
Sabah Maju Jaya
Pautan youtube siaran langsung Ekadasa SMJ 2022;
Sabah Government Official:https://m.youtube.com/watch?v=Jsel6VYO4cY&feature=share&fbclid=IwAR32fnifWT7s0bbva1PGEMCKNhKDVPCAKcZqWdbUWOhcLhLiNuCw5NWGu6o
Facebook Kementerian Belia dan Sukan Sabah;
i. https://www.facebook.com/100064450969663/posts/341432671348429/?d=n
ii. https://www.facebook.com/100064450969663/posts/341990311292665/?d=n