You are currently viewing BIDANG SUKAN PLATFROM LAHIR PELAJAR CERGAS FIZIKAL

BIDANG SUKAN PLATFROM LAHIR PELAJAR CERGAS FIZIKAL

KENINGAU: Bidang sukan merupakan platform bagi melahirkan para pelajar yang cergas fizikal dan cerdas mental selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan keseimbangan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial (JERIS) setiap individu.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, aspek itu penting agar generasi muda mempunyai ketrampilan diri yang seimbang dan lengkap dengan disiplin diri, bertanggungjawab, berjati diri tinggi danberdaya kepimpinan.

“Sukan juga bukan semata-mata menjadi arena atlet untuk bertanding mencari yang terbaik tetapi juga sebagai landasan untuk memupuk perpaduan, silaturrahim, hormat-menghormati serta semangat kerjasama pasukan yang tinggi antara pelajar yang berbilang bangsa dan agama.

“Tinggi harapan saya agar pelajar-pelajar di daerah Keningau akan menjadi modal insan yang memiliki minda kelas pertama menjadi harapan peneraju tampuk kepimpinan masa hadapan negara kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sukan-Sukan Daerah (MSSD) Keningau kali ke-52 di Kompleks Sukan Keningau di sini semalam.

Hadir sama Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Jamila Talib dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembangunan Murid PPD Keningau Erce @ Etor Dius.

Ellron turut berharap agar para atlet untuk terus menghargai setiap usaha yang diambil sepanjang menyertai kejohanan tersebut.

“Bermula daripada peringkat latihan, semasa kejohanan dan selepas kejohanan banyak yang anda boleh pelajari untuk pengetahuan dan pengalaman hidup anda sendiri.

“Hargailah usaha dan pengorbanan guru-guru yang telah bertungkus lumus melatih anda. Begitu juga kepada pihak sekolah yang telah berusaha menjaga kebajikan anda sebagai atlet harapan sekolah,” katanya.

Terdahulu, pada kejohanan itu sebanyak 13 buah sekolah menengah dan lapan zon mewakili sekolah rendah.

Sumber Berita : Sabahmedia

Azley Dee | Bahagian Komunikasi Korporat | KBSS
Author: Azley Dee | Bahagian Komunikasi Korporat | KBSS

Admin | Bahagian Komunikasi Korporat | Kementerian Belia dan Sukan Sabah

Azley Dee | Bahagian Komunikasi Korporat | KBSS

Admin | Bahagian Komunikasi Korporat | Kementerian Belia dan Sukan Sabah