You are currently viewing BELIA PERLU DALAMI ADAT, BUDAYA KAUM – ELLRON

BELIA PERLU DALAMI ADAT, BUDAYA KAUM – ELLRON

TUARAN: Golongan belia perlu mengambil inisiatif dalam mendalami adat dan budaya kaum di negeri ini.

Menteri Belia Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin berkata, penganjuran pertandingan Gegar Tradisi amat sesuai diadakan terutamanya bagi golongan belia dan remaja bagi mempelajari ilmu tempatan, adat dan budaya.

“Oleh kerana Sabah yang kaya dengan adat budaya dan tradisi, seluruh masyarakat diharap dapat mengambil inisiatif bagi mempelajari dan mendalami ilmu tempatan, adat dan budaya kaum-kaum di Malaysia khususnya di Sabah.

“Melalui platform inilah yang akan memberikan pendedahan kepada warga muda untuk lebih menghargai warisan kebudayaan mereka ini, “katanya semasa merasmikan Program Gegar Tradisi sempena Karnival Sambutan Hari Belia Negara 2022 di Padang Pekan Tuaran, pada Ahad.

Tambah beliau, program tersebut yang sempena dengan Sambutan Hari Belia Negara 2022 bertemakan “Ini Masa Kita” amat  bertepatan dalam usaha memelihara khazanah yang berharga dan telah sinonim dengan identiti negeri ini.

Dalam pada itu, Ellron turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia Sabah dan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah di atas penganjuran pertandingan.

Pertandingan Gegar Tradisi tersebut disertai seramai lapan kumpulan tarian dan lima kumpulan muzik etnik kreatif tradisional Sabah.

Turut hadir dalam program tersebut, Presiden Majlis Belia Sabah, Abqaree Fawwaz Abekan.

Azley Dee | Bahagian Komunikasi Korporat | KBSS
Author: Azley Dee | Bahagian Komunikasi Korporat | KBSS

Admin | Bahagian Komunikasi Korporat | Kementerian Belia dan Sukan Sabah

Azley Dee | Bahagian Komunikasi Korporat | KBSS

Admin | Bahagian Komunikasi Korporat | Kementerian Belia dan Sukan Sabah