You are currently viewing ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC), KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN SABAH TAHUN 2019, 2020 DAN 2021.

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC), KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN SABAH TAHUN 2019, 2020 DAN 2021.

KOTA KINABALU 07 Januari 2022 – Seramai 12 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan 21 orang penerima Anugerah Khas Menteri Belia dan Sukan Sabah bagi tahun 2019, 2020 dan 2021 telah diraikan pada Majlis Amanat Menteri Belia dan Sukan Sabah, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Peringkat Kementerian Belia dan Sukan Sabah tahun 2022.

Majlis disempurnakan oleh YB Datuk Ellron Angin, Menteri Belia dan Sukan Sabah

YB Datuk Ellron Angin berkata, syabas dan tahniah kepada semua Penerima APC dan Penerima Anugerah Khas Menteri Belia dan Sukan Sabah. Semoga dengan pengiktirafan ini akan menyuntik semangat, mencetus inspirasi dan seterusnya menjadi suri teladan kepada semua warga Kementerian dalam membentuk ekosistem pekerjaan yang cemerlang.

“Kekalkan rentak kecemerlangan dan komitmen yang telah ditunjukkan selama ini, dan teruskanlah mendokong usaha Kerajaan ke arah kemakmuran Negara serta kesejahteraan rakyat. Sesungguhnya, self-government wont work without self-discipline” Tambahnya lagi.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Amanat Menteri Belia dan Sukan Sabah.

Dalam majlis itu, Ellron turut menyampaikan Sijil Penghargaan kepada 12 orang pesara wajib Kementerian Belia dan Sukan Sabah bagi tahun 2019, 2020 dan 2021.

SABAH MAJU JAYA

­­

 

­

 

­

 

 

 

 

 

 

 

 

 

mykbss
Author: mykbss