Program Skim Jaya Usahawan Belia atau SYABAS merupakan sebuah program baharu Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 2022 di bawah seliaan KEMENTERIAN BELIA & SUKAN SABAH bagi memacu gerakkan pembangunan ekonomi serta pengukuhan potensi para belia Sabah. Program ini menyediakan kemudahan kewangan, latihan dan juga rakan pintar perniagaan kepada para usahawan belia negeri Sabah.
Syarat-syarat Penyertaan & Permohonan
- Belia berumur 18-40 tahun yang menepati syarat permohonan.
- Warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Sabah. (Salah satu ibu atau bapa adalah berasal dari Sabah).
- Mengemukakan bukti lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- Mengemukakan penyata bank bagi kategori Start-Up Fund (RM 2,000), manakala bagi kategori Youth Developing Creative Business (RM 5,000) perlu mengemukakan 6 bulan penyata bank.
Permohonan dan maklumat lanjut boleh layari pautan https://syabas.gov.my/ms/
Sabah Maju Jaya