You are currently viewing MAJLIS PERASMIAN HARI SUKAN NEGARA 2021 (HSN2021) PERINGKAT NEGERI SABAH

MAJLIS PERASMIAN HARI SUKAN NEGARA 2021 (HSN2021) PERINGKAT NEGERI SABAH

Β­
πŠπŽπ“π€ πŠπˆππ€ππ€π‹π”, 09 Oktober 2021- Majlis Perasmian Hari Sukan Negara 2021 (HSN2021) Peringkat Negeri Sabah dimulakan dengan siaran secara β€œVirtual dan Cross Streaming” Majlis Perasmian Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Kebangsaan yang disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri di Putrajaya.
Β­
Majlis disusuli dengan Perasmian secara hibrid Hari Sukan Negara 2021, Peringkat Negeri Sabah oleh Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu. Perasmian di Peringkat Bahagian juga dilaksanakan secara serentak di lokasi terpilih di seluruh negeri Sabah. Sebanyak 51 aktiviti telah disusun dan dilaksanakan secara hibrid sepanjang sambutan HSN2021 peringkat negeri Sabah dengan mensasarkan penyertaan seramai 175,000 orang.
Β­
Β­
Turut hadir sama dalam majlis tersebut YB Datuk Ellron Angin, Menteri Belia dan Sukan Sabah, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk HSN2021 Negeri Sabah; YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah; YBhg. Datuk Dr. Zulkapli Bin Mohamed, Setiausaha Persekutuan Sabah; YBhg. Datuk Datu Rosmadi Bin Datu Sulai, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah; YBhg. Tuan Mansur Haji Asun, Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah; YBhg. Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah serta dif-dif jemputan yang hadir dalam majlis tersebut.
Β­
Selamat Menyambut Hari Sukan Negara 2021.
Demi negaraku…Malaysia!πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ
Β­
“Belia Mandiri, Berinovasi, Atlet Berani dan Berkeyakinan”
“SABAH MAJU JAYA”
mykbss
Author: mykbss