You are currently viewing MAJLIS AMANAT MENTERI BELIA DAN SUKAN SABAH, PENYAMPAIAN INSENTIF KEMENANGAN SUKAN 2020/2021 & GERAN TAHUNAN PERSATUAN SUKAN NEGERI SABAH 2022

MAJLIS AMANAT MENTERI BELIA DAN SUKAN SABAH, PENYAMPAIAN INSENTIF KEMENANGAN SUKAN 2020/2021 & GERAN TAHUNAN PERSATUAN SUKAN NEGERI SABAH 2022

KOTA KINABALU – Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS)Β bersama Majlis Sukan Negeri Sabah (MSNS) telah mengadakan Majlis Amanat Menteri Belia dan Sukan Sabah, Penyampaian Insentif Sukan Kemenangan Sukan 2020/2021 dan Geran Tahunan Persatuan Sukan Negeri Sabah bagi tahun 2022 bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC).

Majlis membuka tirai dengan ucapan Amanat Menteri Belia dan Sukan Sabah, YB Datuk Ellron Angin. Dalam ucapannya, Ellron berkata Persatuan-persatuan sukan di bawah naungan MSN Sabah akan terus menikmati jumlah peruntukan yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Sejajar itu, beliau berharap semua persatuan sukan dapat memberikan yang terbaik dan bukan sekadar duduk memanaskan kerusi jawatan yang disandang.

Pembangunan belia dan beliwanis melalui aktiviti sukan sentiasa menjadi agenda utama kerajaan dalam membentuk sasiah masyarakat yang harmoni, bertoleransi dan bersatu-padu. Sukan membina disiplin tinggi masyarakat khususnya anak-anak muda yang akan menjadi harapan kita di masa hadapan, tambahnya lagi.

Majlis disusuli dengan Penyampaian Insentif Sukan Kemenangan Sukan bagi tahun 2020/2021 dan Geran Tahunan Persatuan Sukan bagi tahun 2022. Sebanyak 53 persatuan sukan di bawah Majlis Sukan Negeri Sabah telah menerima geran tahunan.

Kerajaan Negeri Sabah melalui Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan Majlis Sukan Negeri Sabah menyalurkan Bantuan Subsidi Geran kepada Persatuan Sukan Negeri Sabah pada setiap tahun. Geran ini bakal membantu dan memperkasa PSNS dalam merealisasikan Misi dan Visi Pembangunan Sukan masing – masing sama ada di peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa.

Majlis turut diserikan dengan persembahan Tarian Singa daripada Penampang Fook Tet Kung Lion Dance sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2022.

Sabah Maju Jaya

Β­
Β­
Β­
mykbss
Author: mykbss