Majlis Amanat Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah Tahun 2024

  • January 25, 2024
  • By kbs

Majlis Amanat Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah Tahun 2024 diadakan di Grand Ballroom Shangri-La Tanjung Aru Resort Kota Kinabalu pada 25 January 2024 yang sampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Mansur Haji Asun.

Majlis Amanat ini di hadiri warga Kementerian Belia dan Sukan Sabah bersama agensi di bawah kementerian iaitu Majlis Sukan Negeri Sabah, Lembaga Sukan Sabah serta Majlis Belia Sabah.

Antara intipati Amanat Setiausaha Tetap KBSS adalah meningkatkan lagi mutu dan budaya kerja yang lebih efisien disamping mengekalkan budaya integriti dalam menyampaikan perkhidmatan.

Majlis ini turut diserikan lagi dengan Sambutan Hari Natal 2023 dan juga Sambutan Tahun Baharu 2024 yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Fairuz Bin Renddan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah.

Dalam ucapan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah turut menyeru agar warga kerja dapat memperkasakan lagi program-program di luar daerah demi menyantuni minat, bakat dan potensi para belia sabah dalam mengekspresikan segala idea, Kemahiran dan Kepakaran yang ada pada Belia sabah.

Turut Hadir pada hari itu juga Yang Berusaha Tuan terrance Edward Pudin Pengurus Besar Lembaga Sukan Sabah dab Yang Berusaha Encik Abqoree Fawaz Abekan Presiden Majlis Belia Sabah.